Wednesday, September 17, 2014

Selfie With Momma

Masa ni odw nak g ke PD.







Miss anak-anak mama so much. 

Pergi ke PD sebab hantar anak2 mama duduk ngan TokMa wat sementara cuti sekolah ni.

TokMa kat PD sebab jaga umi bersalin. Mama dah tak boleh nak cuti lama-lama ya sayang sebab mama kena tukar ke opis baru. Mama & papa dah amek cuti 2 hari sorang sebab nak jaga korang. Pastu 2 hari lagi mama bawak datang opis lama.

Ni dah kat opis baru, dah x leh la nak bawak anak huhu


Wednesday, July 16, 2014

3 Minggu Penuh Ujian

Minggu pertama : Demam




Ni kali pertama kena cucuk kat tangan utk amek darah. Tak nangis pon. Rilek je dia tengok misi buat keja huhu.

Demam berangkai adik-beradik. Alhamdulillah bukan denggi.


Minggu Kedua : Telinga Kiri Bernanah

Bawak Klong mintak MC sebab Chicken Pox. Alang-alang badan adik pon panas, bawak sekali utk cek darah kat KK. Masa ni adik dah pandai nangis bila misi nak amek darah. Huwaaa. Alhamdulillah ok cuma doktor kata ada jangkitan kuman. Doktor bagi antibiotik.

Tok Ma perasan adik macam berjalan senget2.. ingatkan tersalah urat leher. Call orang yang pandai hal urat ni, dia boleh hari Sabtu je. So kenalah tunggu Sabtu. Pastu nampak bengkak lak kat blkg telinga. Papa ingatkan beguk. Ok papa beli nila & letakkan kat situ. 2 hari tak surut-surat.

Tup-tup Jumaat tu nampak ada air kat telinga. Ingatkan susu. Sebab dia suka goncang-goncang susu dia. Dah lap. Tapi masih ada. Bila tengok betul2... rupanya telinga dah penuh nanah hijau.. Erghhh cuak tahap 7 dah mama. Terus ajak papa gi klinik telinga. Tapi klinik telinga dah tutup. Pegi jer klinik biasa pegi. Doktor bagi ubat titik, antibiotik & tahan sakit.

Tapi sebelum titik ubat, kena bersihkan dulu nanah.. kalau tak, macam mana ubat nak masuk kan? Tugas bersih nanah mama serah kat papa huhu. Mama tukang pegang jer. Memang adik tak bagi orang pegang telinga dia.. rupanya sakit ye dik. Sian sungguh kat adik.

2-3 hari Alhamdulillah nanah dak kering. Adik ceria balik.


Minggu Ketiga : Kena chicken pox

Patut appointment kat KK untuk inject umur 1 tahun setengah. Tapi dah ada tanda-tanda nak naik CP, terpaksa hold cucuk lepas raya. Masa ni jumpa misi pon nangis. Fobia dah anak mama ni.. bukan nak cucuk pon huhu.



Antara 3 beradik, adik yang kena paling teruk. Sian sungguh kat dia. Nak pulak masih pakai pampers, kat situ-situ pon banyak.



Harap-harap lepas ni Allah sihatkan anak-anak mama.


Wednesday, April 2, 2014

Check Up 15 Bulan

Mama hari ni last day kat Ipoh.

So Papa yg bawak Adik pg klinik Sg Chua (tel:03-87336775tu.



Mama soh pakaikan tali pinggang tp Papa kata kejap je duduk seniri ni.. Papa dah riba huhu.




Oo K.Ngah pon ada jugak ya.

Ptg kang kita jumpa ya. Dah 3 mlm Mama kat Ipoh ni :(

Thursday, March 20, 2014

Comey Tak Kak Ton?


Rania at 1 year & 2 months


Klip rambut ditaja oleh mama handmade.


Nota  : just in case bila Rania besar, tertanya2 lak sapa kak ton tu kan? Kak Ton ialah seorang usahawanita produk kesihatan & supplemen yang berjaya.

Friday, November 1, 2013

Demam Campak


Muka dah mula merah-merah.

Demam start Rabu malam Khamis

Khamis malam lepas mama papa pg pos hanger kat PPL Bangi,  bawak Rania pulak jumpa Dr. Karim mintak ubat. Kena masuk ubat demam ikut vontot.

Pagi ni mama baru nampak ada bintik-bintik merah kat badan Rania.

Masa mama lunch, Papa ajak mama balik sebab masa papa call TokMa, adik nangis. Apa lagi, zasss la mama papa balik. Kesian kat adik, kesian kat TokMa TokChik sbb kena dokong adik manjang.

Hamboii kemain lagi adik gembira bila nampak keta papa paking. Rugi x amek gambar.

Dah balik, Kak Ngah lak ajak nak beli tanah liat lak. So pegi la ke Jasko. Bawak sekali ngan Rania huhu.


Tenungan yg tajam tu!



Papa dah belikan camomile lotion utk sapu kat badan adik. 

Wednesday, October 30, 2013

Hi Here is Rania's First Blog!


Assalamualaikum,

Mama baru je create blog khas untuk Rania.

Blog K. Long & K. Ngah masing-masing dah ada.. tapi jarang je update hew hew hew.

Dari Dunia Damya

All About Adelya

Review Real Rania

Gitewwww ;p

Who is Rania?

Hi.. inilah saya. Lagi 3 hari umur saya dah 10 bulan.





Eh gigi bawah dah ada 2 tao. Gigi atas dah ada bunga-bunga nak kuar gak kot. Asek duk main lidah je.. gatal gusi lettew.